:
SEJARAH PENUBUHAN


IMAN EDUCARE GROUP

(Taska Little Kids Iman, Tadika Aulad Iman Bistari & Pusat Jagaan Aulad Iman Bistari)

IMAN EduCare Group ditubuhkan hasil iltizam dan usaha gigih oleh Puan Razlina binti Abdullah dan Encik Nazri bin Hamid, yang melihat keperluan mendesak dalam menyediakan kemudahan penjagaan dan  pendidikan awal kanak-kanak yang selamat, Islamik dan mudah diakses oleh komuniti setempat di Bandar Tasek Mutiara, Pulau Pinang.

 🎯TASKA Little Kids Iman

Diasaskan pada tahun 2016 dan didaftarkan secara rasmi pada 20 September 2019, TASKA ini ditubuhkan atas permintaan ibu bapa dan waris yang memerlukan tempat jagaan yang sesuai untuk anak-anak berumur 2 bulan hingga 3 tahun. Pada waktu itu, Puan Razlina dan Encik Nazri aktif mengendalikan aktiviti sukarela bersama komuniti, lalu tercetuslah idea untuk menyediakan sebuah TASKA yang tersusun dan sah berdaftar, bagi memudahkan pengurusan ibu bapa yang bekerja.

🎯Tadika Aulad Iman Bistari

Setelah 6 tahun beroperasi, keperluan untuk menyediakan kesinambungan pendidikan menjadi semakin mendesak apabila institusi prasekolah sedia ada tidak mampu menampung permintaan. Maka pada 12 Julai 2022, Tadika Aulad Iman Bistari ditubuhkan khas untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika ini memberi tumpuan kepada pendidikan awal berteraskan Islam, pembangunan sahsiah, dan persediaan akademik yang seimbang.

 🎯Pusat Jagaan Aulad Iman Bistari

Bagi melengkapkan ekosistem pendidikan dan penjagaan anak-anak, Pusat Jagaan Aulad Iman Bistari pula ditubuhkan pada 19 Julai 2024, bagi memberi khidmat jagaan transit kepada pelajar berumur 7 hingga 15 tahun. Ini bagi membantu ibu bapa yang memerlukan tempat jagaan selamat selepas waktu persekolahan.

🎯 Matlamat IMAN EduCare Group:

  •   Menyediakan penjagaan anak-anak secara berstruktur dari usia bayi hingga remaja
  •   Menawarkan pendidikan awal yang harmoni antara nilai Islam, kasih sayang dan pembangunan holistik
  •   Menyokong ibu bapa bekerja dengan perkhidmatan penjagaan yang boleh dipercayai dan mesra komuniti